Saturday, January 15, 2011

S Dan S.

Hari ini baru berkesempatan untuk menghupdate blog setelah di tinggalkan pada rabu yang lepas.
Bukan sesibuk mana pun , tapi masa yang terhad serta kestressan melanda . Biasa lah , test semakin menghampiri . Dah lah dua test lagi . Tapi , nasib baik lah dua test saja . Ada juga kelas lain yang bakal menghadapi tiga test sekaligus dalam satu minggu . Oh , bagaimanalah rasanya ya .
 Di tanya tentang study , sukar untuk di luahkan . Dalam hati pun main bagai nak rak perasaan study itu ada . Tapi , apakan daya misi itu tidak dapat di laksanakan  dek kerana mata yang jadi penghalangnya . Mata selalu memanggil manggil  manja untuk di belai . Apatah lagi , dengan bantuan nafsu sedikit , semuanya jadi perfect . Tidur lah jadinya . Habiskan masa bersama katil tersayang walaupun tidak seempuk katil di rumahku , tapi ia sudah cukup untuk buatku bermimpikan mimpikan mimpi yang indah .
Entri kali ni, S Dan S ? Apakah ?
1)      Seperti  yang pertama , ia mestilah STRESS.
Stress dengan study pastinya. Sukar betul hendak mengingati segala nota  yang terkandung  dalam slide slide yang di bekalkan dari lecturers . Mungkin juga usaha yang di curahkan adalah penyebabnya. Sudah tertera ayat ayat di atas yang menyokong penyebabnya , iaitu tidur . Aku banyak menghabisan masa dengan tidur berbanding dengan buku buku LAW serta SAIKO . Aku sendiri tahu penyebabnya , kenapa masih tidak berusaha untuk berubah . Haish , bangun bangun. Tolong bangun dari tidur anda NURUL NASUHA BINTI MOHAMED . ( Ini sesi bercakapan dengan diri sendiri ) Hehe.
2)      Sakit
 Kali ini , bukan aku yang sakit . Tapi , rakan baikku , iaitu  salah seorang dari rakan baikku , Tikah . Petang tadi  dia text aku , katanya sekarang dia duk kat wad dan tolong dokan dia cepat sembuh . Aku lewat memberi respon kepada mesejnya oleh sebab aku tertidur dan tidak sedar lansung bunyi deringan mesej pada telefon murahku itu .  Aku yang agak mamai ketika  membaca mesej itu , lantas menelefonnya . Alhamdulilah , dia menjawab panggilan aku . Seperti biasa perbualan kami di dahulukan dengan  memberi salam , lalu terus kepada topik tentang mesej tadi . Katanya , dia di masukkan ke dalam wad sejak semalam . Demam penyebabnya . Dotor syak dia kena demam denggi . Tapi , itu belum pasti lagi . Sampel darahnya baru di ambil . Dan , keputusan belum di ketahui lagi . Dari suaranya , aku dengar dia batuk batuk . Kesian cik misi sorang ini . Kata Tikah juga , Ma nya dah sampai dari pagi tadi . Wah , bagusnya kan seorang ibu . Sanggup datang dari kampung setelah di khabarkan berita berkenaan dari anaknya . Itulah kasihnya ibu . Tak sanggup setakat dapat tahu saja keadaan anaknya , mahu juga di lawatinya . Aku pun tumpang bahagia bila ada ramai lagi ibu ibu sedemikian dalam dunia ini . Dalam perbualan tadi bukan berkitar kepada kesakitan dia saja , tapi meluas sehingga hal hal rakan rakan kami yang lain. Biasalah , rindu katakan. Setelah setengah jam bersama Tikah di alam talian , kami pun berhenti . Itupun , sebab doktor yang merawat Tikah datang . Aku yang juga mahu study juga meminta diri . Sampai di situ perbualan kami . Sebelum itu, Tikah sempat wish Good Luck untuk test aku . Dan  , aku juga mendoakan semoga dia cepat sembuh dan juga semakin sihat . Mudah mudahan.
p/s :  Semoga awak cepat sembuh ye sayang . Sayang awak. 

Maaf , tak dapat jenguk awak kat Kuantan :(

Get Well Soon ♥




1 comment:

  1. hai... tumpang lalu jap

    jemput datang ke http://wadahpanglima.blogspot.com

    ReplyDelete