Thursday, January 13, 2011

Naluri Seorang Ibu , Katanya.

Pemanggil petang semalam memang seseorang yang aku selalu dambakan.
 Bertanyakan keadaan aku , itu soalan wajib . Aku macam biasalah , memberikan jawapan yang sama setiap kali soalan itu di ajukan . Ye , saya sihat .
 Di awal topik perbualan kami hanya berkitar pada MUET sebenarnya , sebelum aku sendiri terkantoi dengan jawapan aku . Ku kira dia sudah tahu , sebab aku kira kakak aku ada membaca entri Sihat Sebelum Sakit  di blogku ini. Rupa rupanya aku salah membuat percaturan . Insan itu tidak tahu pun sebenarnya . Beliau hanya dapat meneka dari naluri ibunya , dan mungkin suara aku yang agak lain pada hari jumaat yang lepas .
 Dan , aku dengan segan silunya menceritakan perkara sebenar kepada beliau . Antara kandungannya ;
Ya , saya sakit hari berkenaan . Saya gastrik macam kakak kakak saya yang lain . Saya di hantarkan ke Hospital Abdul Halim pada pagi jumaat itu , kalau tidak sesilap saya , pukul 1 lebih pagi . Zahirah merangkap roommate saya yang temankan saya . Dan , Pacik Shahar yang datang jenguk kat bilik M1 - 01 - 08 setelah di panggilkan Zahirah melalui nombor telefon yang di bekalkan Yana , floormate saya. Saya di berikan dua suntikan . Haha ( sempat lagi gelak gelak )
 Beliau ingatkan aku supaya lain kali jangan berahsia dengannya , berterus terang saja lain kali . Beliau ada hak untuk tahu keadaan kesihatan anaknya . Sebelum kami mengakhiri perbualan pada petang semalam , beliau ingatkan sekali lagi supaya jangan lupa makan ubat  . Ye , aku mengangguk .
 

Ma di apit Kak Yu , Kak Long , Kak Ma.



ILYSM ♥


* Semalam aku lupa makan ubat walaupun telah di ingatkan oleh beliau dan rakan rakan bilik .

Sumber Foto : Wed , 17 Nov

No comments:

Post a Comment