Sunday, January 30, 2011

Susah Bukannya Senang.

  Hakikatnya , dia nak kenal dia dengan rapat lagi. Tapi , tak berkemsempatan . Dia tak matang , sungguh. Ini benar. Buat keputusan dalam keadaan kusut mendatangan bala. Bala bukannya sedikit , mengambil masa yang lama untuk di lupus dan untuk di baik kini. Susahnya .
  Senangnya menabur nasihat membina pada orang lain sedangkan hati sendiri entah ke mana. Bercerita seolah olah seorang yang kuat hatinya , sedangkan kosongnya di jiwa. Entah bila ia akan sembuh. Gembiranya lemparkan senyuman buatan pada yang lain. Sedangkan , senyuman asal ke mana perginya.

p/s : Dia bukan dia , dan dia bukan si dia.

Wednesday, January 26, 2011

Kita Hanya Merancang ,

                                                               Bulan Nov 17 Haribulan 2017


p/s : Nak si dia yang beriman , baik , suka buat kerja rumah.

Tuesday, January 25, 2011

Contest Kami Pose Comel :D

 
Ha . Inilah contest kami pose comel. Nanti tolonglah bukak link ini ye kalau nak tahu lebih lanjut.


Okei. Firstly , aku tak sangka aku dapat undangan untuk join contest ini.Terima kasih banyak-banyak pada Teya sbb tag aku. Terharu aku taw , auuuwww :D
Then , aku pun dengan excitednye ambik keputusan nak join contest ini. Tak kisah lah menang atau tak . Sebabnya dapat masuk contest ni pun dah buat aku gembira. Hehe.
Okei , melalaui syarat syarat yang aku baca dengan telitinya.Aku decide nak contestkan pic ini.Harap harap bawa dapat di kategorikan sebagai pose yang comel. :)

13 Nov. Masa birthday aku tahun lepas.





Kenapa join contest ni ?
Aku join contest sebab aku rasa aku dan rakan rakan dalam pic ni nampak comel , erat dan harmoni .

Hurm , menang kalah adat pertandingan. Yang penting , cuba dulu.
Aku percaya kat dunia ni semua orang cumel dengan cara mereka sendiri.Kan ? :D 
 Lastly , nak tag contest ini pada Nabila , Gimah , Aisyah , Zahirah,



p/s : Jum jadi comel dengan cara kita sendiri.




Majlis Hari Jumaat.

                                                            si kakak dan bakal mertuanya


                                                                     tersipu-sipu :D


                                                              sesi penentuan tarikh :D


                                                                 kazen dan senior aku :D


                                                                   chocolato,auww :)


                                                                      senior keempat :)   


hehe.kami geng junior ;)


 budak comot :D


Hari jumaat lepas , aku balik rumah. Then , ada majlis suai kenal bakal keluarga baru.
Yang sedihnya , aku tak balik masa hari majlis sebenarnya , sebab ada final. :(


Bila majlis untuk aku pulak ? Auwww  <3


Saturday, January 22, 2011

Dia Project Engineer.


Pandangan pertama selalu buat aku menyampah dengan seseorang itu.
Tapi , dia itu okei jer sebenarnye.Dia lah new contact aku setelah lamanya aku tade add contact baru. :)

Friday, January 21, 2011

Virus Penyerang.


Hadirnya tanpa di duga.



Mood : 
1 ) Sangat gumbira sebab akhirnya dapat menulis kembali setelah laptop dah sihat dan terlepas dari azab viruses.
2 ) Sangat tersengih bila memikirkan Vanilla punya pasal dan hikmah menunggu.
3 ) Sangat teruja balik rumah even cuti hanya pada jumaat dan sabtu.

Saturday, January 15, 2011

S Dan S.

Hari ini baru berkesempatan untuk menghupdate blog setelah di tinggalkan pada rabu yang lepas.
Bukan sesibuk mana pun , tapi masa yang terhad serta kestressan melanda . Biasa lah , test semakin menghampiri . Dah lah dua test lagi . Tapi , nasib baik lah dua test saja . Ada juga kelas lain yang bakal menghadapi tiga test sekaligus dalam satu minggu . Oh , bagaimanalah rasanya ya .
 Di tanya tentang study , sukar untuk di luahkan . Dalam hati pun main bagai nak rak perasaan study itu ada . Tapi , apakan daya misi itu tidak dapat di laksanakan  dek kerana mata yang jadi penghalangnya . Mata selalu memanggil manggil  manja untuk di belai . Apatah lagi , dengan bantuan nafsu sedikit , semuanya jadi perfect . Tidur lah jadinya . Habiskan masa bersama katil tersayang walaupun tidak seempuk katil di rumahku , tapi ia sudah cukup untuk buatku bermimpikan mimpikan mimpi yang indah .
Entri kali ni, S Dan S ? Apakah ?
1)      Seperti  yang pertama , ia mestilah STRESS.
Stress dengan study pastinya. Sukar betul hendak mengingati segala nota  yang terkandung  dalam slide slide yang di bekalkan dari lecturers . Mungkin juga usaha yang di curahkan adalah penyebabnya. Sudah tertera ayat ayat di atas yang menyokong penyebabnya , iaitu tidur . Aku banyak menghabisan masa dengan tidur berbanding dengan buku buku LAW serta SAIKO . Aku sendiri tahu penyebabnya , kenapa masih tidak berusaha untuk berubah . Haish , bangun bangun. Tolong bangun dari tidur anda NURUL NASUHA BINTI MOHAMED . ( Ini sesi bercakapan dengan diri sendiri ) Hehe.
2)      Sakit
 Kali ini , bukan aku yang sakit . Tapi , rakan baikku , iaitu  salah seorang dari rakan baikku , Tikah . Petang tadi  dia text aku , katanya sekarang dia duk kat wad dan tolong dokan dia cepat sembuh . Aku lewat memberi respon kepada mesejnya oleh sebab aku tertidur dan tidak sedar lansung bunyi deringan mesej pada telefon murahku itu .  Aku yang agak mamai ketika  membaca mesej itu , lantas menelefonnya . Alhamdulilah , dia menjawab panggilan aku . Seperti biasa perbualan kami di dahulukan dengan  memberi salam , lalu terus kepada topik tentang mesej tadi . Katanya , dia di masukkan ke dalam wad sejak semalam . Demam penyebabnya . Dotor syak dia kena demam denggi . Tapi , itu belum pasti lagi . Sampel darahnya baru di ambil . Dan , keputusan belum di ketahui lagi . Dari suaranya , aku dengar dia batuk batuk . Kesian cik misi sorang ini . Kata Tikah juga , Ma nya dah sampai dari pagi tadi . Wah , bagusnya kan seorang ibu . Sanggup datang dari kampung setelah di khabarkan berita berkenaan dari anaknya . Itulah kasihnya ibu . Tak sanggup setakat dapat tahu saja keadaan anaknya , mahu juga di lawatinya . Aku pun tumpang bahagia bila ada ramai lagi ibu ibu sedemikian dalam dunia ini . Dalam perbualan tadi bukan berkitar kepada kesakitan dia saja , tapi meluas sehingga hal hal rakan rakan kami yang lain. Biasalah , rindu katakan. Setelah setengah jam bersama Tikah di alam talian , kami pun berhenti . Itupun , sebab doktor yang merawat Tikah datang . Aku yang juga mahu study juga meminta diri . Sampai di situ perbualan kami . Sebelum itu, Tikah sempat wish Good Luck untuk test aku . Dan  , aku juga mendoakan semoga dia cepat sembuh dan juga semakin sihat . Mudah mudahan.
p/s :  Semoga awak cepat sembuh ye sayang . Sayang awak. 

Maaf , tak dapat jenguk awak kat Kuantan :(

Get Well Soon ♥




Thursday, January 13, 2011

Naluri Seorang Ibu , Katanya.

Pemanggil petang semalam memang seseorang yang aku selalu dambakan.
 Bertanyakan keadaan aku , itu soalan wajib . Aku macam biasalah , memberikan jawapan yang sama setiap kali soalan itu di ajukan . Ye , saya sihat .
 Di awal topik perbualan kami hanya berkitar pada MUET sebenarnya , sebelum aku sendiri terkantoi dengan jawapan aku . Ku kira dia sudah tahu , sebab aku kira kakak aku ada membaca entri Sihat Sebelum Sakit  di blogku ini. Rupa rupanya aku salah membuat percaturan . Insan itu tidak tahu pun sebenarnya . Beliau hanya dapat meneka dari naluri ibunya , dan mungkin suara aku yang agak lain pada hari jumaat yang lepas .
 Dan , aku dengan segan silunya menceritakan perkara sebenar kepada beliau . Antara kandungannya ;
Ya , saya sakit hari berkenaan . Saya gastrik macam kakak kakak saya yang lain . Saya di hantarkan ke Hospital Abdul Halim pada pagi jumaat itu , kalau tidak sesilap saya , pukul 1 lebih pagi . Zahirah merangkap roommate saya yang temankan saya . Dan , Pacik Shahar yang datang jenguk kat bilik M1 - 01 - 08 setelah di panggilkan Zahirah melalui nombor telefon yang di bekalkan Yana , floormate saya. Saya di berikan dua suntikan . Haha ( sempat lagi gelak gelak )
 Beliau ingatkan aku supaya lain kali jangan berahsia dengannya , berterus terang saja lain kali . Beliau ada hak untuk tahu keadaan kesihatan anaknya . Sebelum kami mengakhiri perbualan pada petang semalam , beliau ingatkan sekali lagi supaya jangan lupa makan ubat  . Ye , aku mengangguk .
 

Ma di apit Kak Yu , Kak Long , Kak Ma.



ILYSM ♥


* Semalam aku lupa makan ubat walaupun telah di ingatkan oleh beliau dan rakan rakan bilik .

Sumber Foto : Wed , 17 Nov

Tuesday, January 11, 2011

Bila Di Imbas Kembali.

Saat Saat Jadi Pelajar
5SC1 , 2009
Hidup dalam keketawaan memang seronok kan. Itulah corak kehidupan aku dulu dan sekarang . Tenang yang amat dengan rakan rakan tercinta yang gila gila , senget senget , dan boleh di klasifikasikan sebagai kami manusia yang bertunjangan otak yang tarak betol , bukan bermasud gila pulak. Otak kami sihat sihat sahaja . Perangai remaja sekarang yang di katakan mendorong kami menjadi diri kami sebenar . Hihi
Form 5 terkandungnya banyak memori , suka , sedih , kelakar , mendebarkan , dan sebagianya. Kelas 5SC1 kebanggaan kami , dengan naungan guru Fizik yang kecik molek , tapi bermulutkan ayat ayat sentap. Itu juga aku  pernah rasakan.
Aku ada geng  sendiri  , geng perempuan dan geng laki laki . Geng perempuan , aku  kawan sama si gadis  yang matanya di katakan juling , gelaran yang di beri dari budak budak laki kelas aku . Bukan apa , budak ini selalu out of camera bila gambarnya di ambil . Mata selalu melilau kat tempat lain . Maaf untuk di kata . Nampak  macam juling lah sikit .Tapi , di alam nyata tidaklah sedemikian . Serius . Dia ok . Orangnya putih , kurus . Berbeza pula rakan baik aku yang sorang ni . Tidak cukup ketinggian lah pulak orangnya tapi dia cumel lah , kiut saje orangnye . Seronok saja berjalan dengannya sebab boleh tumpangkan lengan kat bahu dia . Haha . Lagi sorang ini , namanya sedap , tapi aku  panggil Ya saja . Entah , ringkas dan padat . Dia baru masuk sekolah aku  , masa form 4 . Dari sekolah berasrama . Dia ok . Bijak orannya sebab dia dapat result paling gempak mase SPM kalau nak di bandingkan dengan result kami bertiga ini . Aku bangga . Yuhuu J
Geng budak laki yang aku  rapat ialah antaranya yang pasti penghulu kelas  5SC1 lah . Lembu nama glam nya. Senang saja berkawan dengannya  .  Kami mula berkawan baik masa form 4 , alhamdulilah sekarang juga . Tapi , ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari . Aku  tak bertegur sapa dengan dia lebih kurang sebulan lamanya masa form 5 dulu . Bukan sombong ke ape . Gaduh pun bukan . Kes sentap sahaja . Mungkin masa itu , aku  terlebih emo sedikit . Bertambah dengan ego sedikit . Bertambah juga dengan rasa marah . Akhirnya , aku membisukan diri bila berhadapan dengannnya . Serius gila waktu itu . Bila ingat ingat balik , sumpah nak tergelak gelak . Mahu saja putarkan waktu itu . Waktu hari jadinya , aku  tak wish . Dalam hati naik gila nak ucapkan Selamat Hari Jadi kat abang lembu ini . Tapi nak wish kat celah mana nya . Aku  dengan dia kan dah jadi orang bisu bila bertembung . Malam di hari jadinya , dia kol aku . Terkejut  sangat  bila mula mula tengok nama pemanggilnya .Tidakku sangka  sekali lagi . Dengan beberapa deringan  , aku beranikan diri jawab panggilan itu . Dan , akhirnya . Kami mula ok . Sudah selesaikan konflik antara kami . Tiada lagi kes kes sentap .  Hanya beberapa orang sahaja yang tahu kes sentap itu apa . Kes sentap itu au klasifikasikan di bawah kes tayar belakang motorku yang bocor . Paginya aku tunggang motor itu semasa hendak ke sekolah , aku dapat rasakan sesuatu yang aneh  . Tidak seimbang kondusi motor aku sepanjang perjalanan ke sekolah hari itu . Aku dapat hidu dah , ini mesti kes bocor . Takde kes lain dah yang berlinangan dalam kepala otak aku . Alhamdulilah , sampai juga aku ke sekolah pagi itu walaupun bertunggangkan motor  yang berkodusikan begitu . Tanpa memikiran hal hal yang lain , aku terus check  tayar motor itu . Yelah , ia kempis , lembik . Aku yang tidak arif sangat ini , cepat saja buat andaian . Sah , motor aku . Alamak , kena tukar tiub lah nampaknya . Tapelah , aku pun teruskan perjalanan naik ke bangunan kelas aku. Floor tertinggi sekali . Suka suka !
 Seperti biasa aku arahkan budak budak kelas aku keluar dari kelas untuk memberaturkan diri mereka kat koridor depan kelas kami , kelas aku dan juga mereka . Mana tidaknya , aku pengawas sekolah yang secara tidak lansung juga di tugaskan menjaga kelas 5SC1 . Terbaik la kan . Kelasku dan kelas jagaanku. Dua dalam satu . Aku tidak tahu motif apakah aku di tugaskan sedemikian oleh guru disiplinku . Tapelah , aku terima dengan redha . Berbalik kepada kes sentap tadi . Aku infomkan pada rakanku yang sorang ini pasal masalah motor aku pagi tadi itu . dia kata ok . Lepas habis kelas , dia nak pergi tengokkan motor aku . Aku pun apa lagi , senang duduklah gayanya.
Waktu waktu yang di tunggu pun tiba . Kelas dah habis . Tapi , kami masih ada kelas tambahan selepas itu . Dan , guru guru kami tidaklah sekejam  mana orangnya , kami di beri masa selama  lebih kurang sejam untuk selesaikan solat dan makan kami. Tapi , hari itu . Aku selesaikan solat saja . Aku tak layak makan lagi pada watu Zuhur . Nanti batal lah puasa sunatku hari berkenaan. Usai solat , aku tengok rakan rakan laki aku entah ke mana . Aku telah mula panas sebab cuaca hari itu juga panas . Aku pun tanpa berlengah mengajak rakan baik aku , Ayuni  temankan aku hantar motor aku ini pergi tukar tiub . Perjalanan ke kedai itu , kami tempuhi penuh siksa . Bukan  apa , panas itu satu hal . Motor bocor kan mestilah konduksinya sedikit berat untuk di tuntun . Apatah lagi daya aku dan rakanku sebagai insan yang lemah .Kaum hawa lah katakana.  Memang kasihan lah riak wajah kami waktu itu . Dalam perjalanan keluar pintu pagar sekolah , aku terserempak dengan rakanku yang aku infomkan pagi tadi. Boleh pulak buat muka yang cumel . Bikin panas lagi waktu itu . Terus saja perjalanan masuk dia ke dalam sekolah . Dan , sorang lagi . Aku terlihat kelibat rakanku yang tersantai saja nak keluar dari sekolah . Dia boleh pulak  tanya kondusi motor aku waktu itu . Padahal sudah terang lagi bersuluh , MOTOR AKU BOCOR LAH ! Dia terus blah selepas mengetahuinya. Oh , panas lagi . Butakah kamu semua . Tolonglah aku . Hati kecilku meronta ronta berkata sedemikian. Yuni mengkoolkan aku di saat genting itu . Tapi , aku sudah pastilah , aku benci budak budak laki itu .Dalam masa yang sama , aku juga salahkan si lembu itu . Mana kamu pergi . Tak hulurkan bantuan di saat aku betul betul perlukan . Si keding lagi tinggi itu tak bagitahu kamu kah ? Argh , tanapa berfiir panjang itu , aku memang set dalam mind aku tanak tegur kamu kamu ini selepas insiden itu . Dan , aku berjaya buat sebegitu rupa selama sebulan lamanya . Hebat jugak aku kan . Kawal mulut aku dari berkata kata di hadapan kamu semua . Aku dapat tahu kamu kamu ini dapat tahu sebab aku tak tegur kamu semua . Tapelah , lantak lah .
Malam hari jadi si lembu itu , aku di beritahu yang dia sebenarnya tak tahu lansung motor aku bocor hari berkenaan . Dia mintak maaf . Ok , tapelah . Aku maafkan sebab aku dah bosan hidup jadi orang bisu depan mereka selama sebulan . Si kurus keding juga mintak maaf sebab dia tak ingat lansung insiden yang aku infom dia pagi itu . Dan , masa aku jumpa dia kat pintu pagar sekolah itu , dia baru pulang dari menyelesaikan masalah . Entah lah , bisa aku percaya atau tak . Si Ustaz Ravi pun mintak maaf juga . Ok . Kira senangnya , aku maafkan korang sume ye . Tak baik berdendam lama lama kan. Haha . Then , kami dah oke selepas malam itu . Kat sekolah kebesokan harinya , kami dah bertegur sapa . Haha . Berkat sempena hari jadi si lembu , kami berbaik baikan. Syukur J

*      Hari ini hari jadi dia , bukan hari jadi lembu . Insan yang pernah singgah.
Selamat Hari Jadi. Hidup baik baik ya.




Bila Di Imbas Kembali ( Ep 1 )


Janji Bikin Janji.


 Janji dan komitmen itu bukan sekedar memenuhi apa yang telah kita janjikan. Tapi memenuhi janji adalah sebuah pekerjaan sepenuh hati, sekuat tenaga, sebuah kegiatan yang dipenuhi dengan nilai-nilai professionalisme, memberikan lebih dari apa yang kita janjikan. Memenuhi janji dan komitmen tidak bisa hanya dipenuhi dengan cakap saja, harus dari lubuk hati yang paling dalam, untuk kita dalam memberikan yang terbaik. Janji bukan memberi sejumlah yang kita janjikan, tapi janji adalah standard minimal yang harus dipenuhi.
 Menepati janji itu wajib. Nak tahu lagi lanjut , boleh lah visit link ini http://blog.re.or.id/menepati-janji.htm .


Haha.Janjilah.Janji rock ♥

Kondisi sebenar : Tolong jangan janji kalau awak tak mampu tunaikan. Saya tahu awak tak mampu. Janji janji lama itu sudah saya tanam dalam pasu pokok bunga rumah jiran sebelah . Jadi , janji janji itu akan mati sebab jiran sebelah tak siram pokok bunga. Dalam erti kata lain , janji janji awak dah takde.Ok
(  Maaf kalau anda yang tersentap )


Sunday, January 9, 2011

Gay Dan Lesbian

Hukum Ke Atas Gay Dan Lesbian ( Renungan Bersama ) 
 Menurut Islam, amalan seks sejenis ini dikeji dan di hina oleh Allah melalui firmanNya; “dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? 
 Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas”. (Surah Al-‘Araf : 80 - 81)
 Dari firman Allah ini, Allah menggambarkan, tindakan homoseksual merupakan amalan “fawahisy” atau amalan yang keji. Menurut Imam Al-Qurtubi, makna fahsya’ adalah setiap kejahatan yang dilakukan, pelakunya akan dikenakan hukum hudud. (Tafsir Al-Qurtubi : 2/210) Begitujuga, Rasulullah SAW menyatakan golongan yang mendapat kemarahan dan kemurkaan Allah adalah antaranya golongan homoseksual.
 Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW; “Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)”(Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.) 

HUKUMAN MEREKA YANG MELAKUKAN AMALAN SEKS SEJENIS
 Melihat kepada perbincangan fiqh, didapati bahawa fuqaha’ ada membahaskan tentang hukuman yang akan dikenakan kepada pelaku seks sejenis ini. Didalam kitab qanun Jinayah Syar’iyyah, karangan Allayarham Tuan guru Dato’ Haji Sa’id Haji Ibrahim, hukuman mereka yang melakukan amalan liwat adalah sama seperti hukuman mereka yang berzina. Iaitu, sekiranya pelakunya itu adalah orang yang muhsan (telah merasai jimak yang sah), maka hukuman kepadanya adalah rejam sampai mati dan di sebat sebanyak seratus kali dan dibuang negeri selama setahun, jika pelaku tersebut itu ghair al-muhsan (tidak pernah merasai jimak yang sah). (Qanun Jinayah syar’iyyah : m/s 37)
 Kenyataan ini berdalilkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari RA, sabda Nabi SAW; “Apabila mendatangi oleh lelaki terhadap lelaki (liwat), maka kedua-duanya adalah berzina”(Sunan Al-Baihaqi Al-Kubra : 8/233 : hadis No : 16810)
 Begitu juga hadis daripada Ibni Abbas RA, bersabda Nabi SAW ; Barangsiapa yang mendapatinya melakukan amalan kaum lut, maka bunuhlah pembuat dan yang kena buat”(Al-Mustadrak ‘ Ala Sahihain : 4/395 : hadis no : 8049) Adapun mereka yang melakukan amalan musahaqah (lesbian), hukuman yang dikenakan kepada pelakunya adalah dengan dijatuhkan hukuman takzir. (qanun jinayah syar’iyyah : m/s 38)
 Jika diperhatikan kepada kandungan kisah yang tersebut didalam Al-Quran, Allah ada menyatakan tentang bagaimana kehancuran yang diberikan Allah terhadap Kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis ini.
 Firman Allah; “ (demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh RasulNya).*. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut Yang menghujani mereka Dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam, * sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang bersyukur. * dan Demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kami; Dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu”(Surah Al-Qamar : 33-36)
 Dengan amalan seks sejenis yang dilakukan oleh kaum Lut itu menyebabkan Allah SWT telah menghancurkan mereka dengan membalikkan Negara mereka, lalu dihujankannya sehinggakan negara itu bertukar menjadi laut.
 Firman Allah; “maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-talu” (Surah Hud : 82)
 Jelas dari firman-firman Allah diatas, betapa hancurnya kaum Nabi Lut disebabkan pengamalan seks sejenis yang diamalkan oleh mereka. Kehancuran yang sama juga tidak mustahil boleh menimpa umat Islam di zaman kini, sekiranya pengamalan seks sejenis ini tidak dibenteras. Semua pengamalan seks sejenis ini bermula dengan pergaulan bebas yang dilarang oleh Islam. Antara pergaulan bebas yang sedang menyerang umat Islam adalah pengamalan Hedonisme. "



* Terjumpa artikel berkaitan pada suratkhabar I LUV ISLAM.


Bila Hari Sabtu.


Satu dari tiga rumet ♥


Agak buruk lah ♥
 

Dia Zahirah ♥


Dia Faizah Hanim ♥




Ketinggian semakin meningkat ♥



Seharian sahaja bersamanya ♥


Pendek dan tinngi ♥
23 Mei 2010 - 8 Jan 2011
                        
Tenang dan Damai ♥


Cantiknya view belakang aku ♥
Suka semua gambar gambar di atas ♥
* Kami hanya menghabiskan dengan menenangkan hati kami seperti berjalan jalan di sekitar pusat tumpuan ramai , CS . Tidak lama kemudian , setelah urusan selesai. Perjalanan di teruskan ke Tesco lama bersebelahan dengan Mall Kampung ( VM ). Jalan jalan , isi perut serta tidak lupa tunaikan yang sewaktu dengannya . Itu wajib kan .  Setelah itu , terusan perjalanan ke TD . Mahu tengok pantai . Makan itu harus . ABC yang manis cukup melayangkan jiwa yang kehausan ais ais . Serta masakan panas yang sedikit sebanyak mendamaikan jiwa. Laksa jadi pilihan mereka . Terpulang pada hak selera masing masing . Asal kepuasan itu ada .
* Aku bukan pemandu yang bagus , tapi penunggang yang hebat. Hihi ♥

Selamat Hari Jadi Nadiya Fathiain.



08.01.2011
Genaplah usia 19 tahun Miss Nadiya.
Harapnya bergembira pada hari jadi beliau hari ini.
Semoga sentiasa di berkati Allah.
* Orangnya cantik , kulit putih mulus , kurus . Hurm , sudah berpunya kekasih hati. Lelaki lelaki kat luar takde chance la nampaknya. Orangya baik , ayu gitu . Gua kenal dia melalui rumetnya , NG . Seronok berkawan dengan rakan rakan biliknya . Harap persahabatan kita berkekalan . Sayang anda semua ♥


Pelukan Yang Hangat.


 Sebuah pelukan merupakan sarana transfer energi untuk membangkitkan emosi positif dan kebahagiaan dua orang atau cosmopolitan.
 Setiap manusia membutuhkan empat pelukan sehari untuk bertahan hidup, delapan pelukan untuk kesihatan, dan 12 pelukan untuk awet muda dan kebahagiaan. Saat berpelukan, tubuh melepaskan hormon oxytocin yang berhubungan dengan perasaan damai dan cinta. Hormon ini membuat jantung dan fikiran sihat.
 Terapi pelukan hampir sama dengan terapi jalan kaki. Pelukan dapat meningkatkan keseimbangan tubuh, kesihatan, dan mengurangi tingkat stress, khususnya para profesional muda yang bekerja di kota metropolitan. Pelukan ini tak sama fungsinya dengan berjabat tangan dan mencium pipi. Terapi yang dimaksud yakni saling menyentuh.
 Meski demikian, pelukan tak hanya dapat dilakukan kepada suami ataupun kekasih Anda. Terapi ini dapat dilakukan pada keluarga, saudara, anak, ataupun orang tua. Yang pasti, pelukan ini tak berkonotasi negatif apalagi mengikutsertakan gairah.
 Pendapat senada dilontarkan Dr Harold Voth, senior psikiater di Kansas. Voth pernah meriset beberapa ratus orang. Ia menemukan orang yang saling berpelukan mampu mengusir stress. Kekebalan tubuhnya meningkat, awet muda, tidur lebih nyenyak, dan stamina lebih sehat.
 Ini berlaku juga pada anak-anak. Sang bayi akan merasa aman sehingga berpengaruh pada kekebalan tubuhnya. Pelukan juga dapat mengurangi sakit fisik maupun psikis. Pelukan dari orang yang dicintai dapat mengubah emosi negatif menjadi positif. Jadi, siapkan pelukan terbaik Anda untuk orang-orang yang Anda cintai. 
* Terasa hangatnya berada dalam pelukan anda semalam. Terima kasih semuanya ♥

Friday, January 7, 2011

Sihat Sebelum Sakit.

Kita pasti menghayati apa ertinya penderitaan apabila ia sendiri pernah mengalaminya. Berapa banyak orang yang melakukan bunuh diri, sebab tidak tahan menanggung rasa sakit. Orang bersedia melakukan apa pun juga untuk mengurangi atau pun mengubati rasa sakit. Untuk ini tiada biaya yang terlalu mahal dan tiada jarak yang terlalu jauh untuk ditempuh demi mengurangi atau menghilangkan rasa sakit mereka. Bahkan mereka bersedia untuk melakukan hal-hal yang tidak masuk diakal sekalipun umpamanya dengan minta bantuan dari para dukun . Pada saat kita mengerang kesakitan, kita selalu mempertanyakan siapa yang mengirim penyakit ini kepada saya?  Di mana letak dosa dan kesalahan saya sehingga saya harus mengalami siksaan yang sedemikian beratnya? Where are You God? Tuhan, apa gunanya semuanya ini? Apakah Kau senang melihat umat-Mu menderita? Begitu gumam bernada protes yang acap keluar dari mulut kita.
 Pertanyaan seperti ini bukan diajukan oleh orang awam seperti Anda dan saya saja, bahkan seorang Nabi yang sudah kuat imannya sekalipun tetap mengajukan pertanyaan dan keluhan yang sama “Mengapakah penderitaanku tidak berkesudahan, dan lukaku sangat payah, sukar disembuhkan? Sungguh, Engkau seperti sungai yang curang bagiku, air yang tidak dapat dipercayai.”
 Gua kira jarang ada orang yang bisa mengucapkan: “Thank God for pain!” – “Terima kasih Allah atas rasa sakit ini!” Apabila sakit ini merupakan anugerah dari Allah, maka ini akan merupakan anugerah yang paling tidak disenangi maupun disyukuri. Memang sakit itu tidak enak, tetapi apabila Anda mau hidup maka Anda harus sakit, sebab itu sudah merupakan pasangannya dari kenikmatan hidup yang tidak bisa dipisahkan satu dengan yang lain.
 Kesakitan adalah cara untuk dapat mengikat manusia menjadi satu, lihat saja di ruang tunggu di hospiatal manapun juga, di situ berkumpul segala macam jenis orang, dari berbagai macam agama. Campur aduk antara orang kaya dan miskin, orang pintar dan orang bodoh, agamais maupun yang atheist. Di situlah mungkin satu-satunya tempat di dunia ini, di mana perbedaan sudah tidak ada artinya lagi.
Beraneka-ragam orang di situ diikat menjadi satu dengan sebuah ikatan yang amat kuat, walaupun mengerikan. Merek a diikat oleh keprihatinan yang sama akan kesakitan seorang yang mereka kasihi yang tengah sekarat. Dalam situasi seperti itu, kesenjangan sosial dan ekonomi dan perbedaan agama, serta-merta menguap lenyap seperti juga lenyapnya embun di siang hari bolong. Di situlah tempat dimana orang yang belum saling mengenal sekalipun pun akan bisa saling merangkul dan menangis bersama untuk saling berbagi penderitaan. Dan di situ jugalah mereka merasakan, bahawa Allah yang mereka sembah itu sebenarnya sama!
 Apakah penderitaan saya ini merupakan hukuman atas dosa-dosa saya yang sedang dilimpahkan oleh Allah kepada saya?
“Kita tahu sekarang, bahwa Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasisi Dia, yaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana Allah”

*Aku baru pulang dari hospital . Bukannya selalu kita akan sihat. Kadang kadang perlu rasa sakit supaya kita sedar apa salah kita sebelum ini . Banyak berdoa pada Allah. Pagi ini, tidak semena mena aku kena gastrik . Siapa sangka kan. Ujian Allah. Alhamdulilah , semuanya dah kembali baik. Tidaklah pedih seperti awal awal tadi.
* Jarum bikin aku pusing tadi. Terima kasih Macik Jarum. Bdw , double make perfect.


Kucing oh Kucing.


Mood : Teringat kat Cici.Hihi ♥

Thursday, January 6, 2011

Benda Yang Namanya C.I.N.T.A




Cinta
#1 Perasaan gembira.
#2 Gembira
#3 Boleh buat hati beat fast
#4 Bahagia
#5 Gaduh Gaduh
#6 Pujuk memujuk
#7 Bosan
#8 Putus
#9 Sedih
#10 Perasaan benci



Bermula cerita baru.

Tidak tahu mengapa hati berdegup kencang meronta tangan , minda melakukan.Lantas , di sambar perkakas moden ini melakukan.
Satu persatu tangan menari-nari menunjukkan kerja mereka.
Dan,hari ini 06/01/2011 , bermula cerita baru.